Aku..dalam persimpangan. Kadang-kadang pergiku ke kiri, kadang-kadang anginku beralih ke kanan, kerana berada di persimpangan dilema, antara Cinta dan Cita-cita.Yang mana perlu aku dulukan, yang mana patut aku korbankan, membuatkan aku keliru dalam membuat keputusan.
Selama ini, banyak ku korbankan masa dan tenaga utk meraih apa yang dicita-citakan.Tapi dalam perjalanan yang panjang , kutemui insan yang memberi aku kedamaian, kasih, dan kerinduan. Terlena sekejap aku, kerana asyik dengan dunia baru yang kutempuhi, bersama insan yang mengajar aku apa itu cinta, apa itu perasaan, apa itu rindu, apa itu kebahagiaan.
Tapi hadirnya di pertengahan jalanan, menuntut satu harapan, agar aku terus bersamanya, supaya tiada lautan, tiada daratan yang dapat memisahkan antara aku dan dia. Cintaku penuh cabaran, penuh rintangan kerana aku terpisah dengannya jauh beribu batu...kerana mengejar cita-cita yang kuanyam sejak di bangku sekolah.Katanya dia tidak mampu menanti lagi, setelah begitu lama menanti,rindu padaku semakin hari semakin menjadi beban perasaannya.
Haruskah ku jadikan dia sabagai hanya satu persinggahan lantas ku teruskan perjalanan mengejar cita-cita, atau haruskah ku letakkan noktah dalam mengejar cita-cita ku, lantas ku berhenti di bawah rimbunan kasihnya? Pastikah aku dia dapat memberi kebahagiaan untukku buat selama-lamanya?Perlukah cita-citaku jadi cagaran untuk mendapatkan cinta yang kudambakan selama ini?Persoalan demi persoalan menghantuiku..segalanya membuat aku buntu.Kuserahkan pada tuhan, memohon petunjuk dalam pengaduanku saban hari.
Antara Cinta & Cita-cita, aku masih mencari jawapan.Kuharap suatu hari nanti tuhan menunjukkan jalan yang benar dan tepat untukku.Insyaallah.
demi amanah yang diberikan kepada ananda, kini sudah kutunaikan meskipun masih bergejolak di dalam hati. tapi AKU YAKIN inilah hidupku. sebuah amanah yg harus kutunaikan dg sebaik2nya, sebuah kemenangan yang harus ku perjuankan. semoga Q tetap berada dalam renkuhan kasihMu. amiiin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar